Thursday 9 February 2012

Berjuang Itu Pahit Kerana Syurga Itu MANIS :)


BUAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM, PEJUANG- PEJUANG KEBENARAN :

  MISKIN dan PAPA itu tradisi orang berjuang..hidup mengembara (ghuraba) itu resmi perjuangan..pejuang TIDAK PERNAH JEMU berkelana, merantau ke sana ke sini, demi menyebarkan DAKWAH Ilahi..nun di sana, SYURGA sedang menanti..

Apa ada pada rumah kamu, sehingga membuatkan kamu "SAYANG" untuk keluar darinya? Sedang rumah pejuang itu di ...mana-mana ketemu, BUKAN hanya satu..di mana pejuang berteduh, di situlah rumah ditubuh..SEMENTARA kerana bagi mereka, RUMAH ABADINYA hanyalah di syurga..


  JANGANLAH TAKUT jika waktu tidurmu terganggu kerana urusan dakwah ini..JANGANLAH KECEWA jika masa lapangmu diisi dengan tarbiyyah rabbani..bukanlah kamu telah BERIKRAR SETIA dengan jual beli Ilahi? REHATMU di syurga, istirehat abadi..

  Sememangnya BERJUANG ITU PAHIT, PERIT dan SAKIT..mengapa? Kerana syurga itu manis..bukan SEDIKIT MAHAR yang perlu DIBAYAR untuk mendapatkannya..bahkan, bukan SEDIKIT PEDIH yang ditagihnya..adakah kamu sudah BERSEDIA?


       Berjuang itu ertinya TERKORBAN..merelakan dirimu DIHINA kerana KEBENARAN..bagimu hanya dibentangkan dua pilihan, MENUNGGU SYAHID atau KEMENANGAN..BERSABARLAH, Allah sedang melihat setiap PENGORBANANMU..♥
 
       Sekiranya kamu ingin BERJUANG kerana Allah, bawalah daku..pimpinlah daku bersama-sama..kerana diri ini terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang TERINDAH buat Ilahi..syahid atau kemenangan buat ISLAM..:) 

ALLAHUAKBAR !!

No comments:

Post a Comment