Sunday 27 May 2012

Puisi Buat Tok Guru Yang Dicintai

Telah berdiri seorang lelaki,
Hidup berbekal kecekalan diri,
Walau menghadapi sejuta cabaran,
Terus berpaut pada kebenaran.

Berkurun sudah kau merentas jalan,
Bertahun sudah hasratmu terhalang,
Tetap bersemarak api keazaman,
Bara keramat doa & harapan.

Kau melangkah bermula dari lembah,
Kau mendaki setangga ke setangga,
Semakin hampir menjejaki puncak,
Semakin sering kau ditikam onak.

Namun kerana kau lelaki,
Derita dapat diselindungi,
Tangisanmu rahsia dihati.

Kesepianlah teman nan sejati,
Di dalamnya kau mengenal diri,
Tenangnya wajah matangnya bicara,
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha ESA.

(Siso Kopratasa/ Habsah Hassan)


Tuesday 13 March 2012

Belajar Jatuh Cinta ^____^

BELAJAR JATUH CINTA..

Aku BELAJAR jatuh cinta, belajar jatuh cinta dengan DIRI SENDIRI.. Dahulu aku sering membenci diri MELIHAT cermin, sehingga aku tidak sedar ada cermin di dalam HATI.. Pantulan cermin hatiku kepada Penciptaku.. Aku belajar jatuh cinta lagi, kepada perkara yang aku TIDAK SUKA.. Rupanya itulah yang aku akan jatuh cinta, perkara yang membawaku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku...
 

Dan apabila jatuh cinta pada seorang INSAN, saat yang tidak dapat ku elakkan..dari KEJAUHAN, di hadapannya..aku MALU UNTUK MENDEKATI, aku MALU UNTUK MEMANDANG..tetapi di hadapan PENCIPTAKU, aku terang-terangan MEMINTA DIRINYA..kerana mengingatinya membawa INGATANKU pada Penciptaku, mungkin aku harus belajar jatuh cinta lagi.. :')

Tuesday 21 February 2012

DOA SEORANG MUJAHIDAH

Sahabatku.. Sambutlah salam JIHAD dan MUJAHADAH ini, sudilah menjadi sahabatku di DUNIA dan AKHIRAT. Pasti akrab hubungan kita kerana kita seakidah, sama tuju pulau impian, sama kejar pelangi indah, sama kutip mutiara suci, sama hidup di bumi ALLAH.. Berilah sedikit ruang buatku selitkan di hatiku di sudut indah hatimu...
 
Wahai sahabat seperjuanganku.. Ayuh kita kongsi HATI menjadi sahabat sejati kerana ALLAH. Kita bertemu kerana ALLAH. Berpisah kita kerana ALLAH. Moga kekal sepanjang zaman, doaku tulus iringi kalian..
"Ya Allah, jadikanlah kami AKTIVIS DAKWAH yang kental yang mampu merubah masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat. Jauhkanlah kami dari segala kelemahan samaada yang berkait dengan jasadiyyah dan ruhiyyah sehingga kami mampu membawa obor yang akan menyinari semula alam ini dengan percikan nur dan api yang membara dari dalam hati kami yang paling dalam" 
 
 
AMIN YA ALLAH..  

Monday 20 February 2012

JOM SEMUA :)

Rakyat Malaysia kini sebenarnya telah lama DAHAGAKAN ILMU AGAMA. Telah lama kekeringan untuk mengenali ALLAH dan RasulNya.. Telah terlalu banyak melalaikan diri dengan HIBURAN, MEDIA dan PENGARUH-PENGARUH NEGATIF yang lain.. Semakin JAUH dan jauh untuk mengenali ALLAH dan RASUL.. ALLAH.. :'(

  Maka, mari kita PULANG kepada ALLAH.. Kembali mengikut apa yang telah diajar RASULULLAH.. Mari kita mendekatkan diri dengan para ULAMA, pujuk HATI untuk BERUBAH dan MENGUBAH.. Sentiasalah MENCARI SAHABAT yang mendekatkan diri kepada ALLAH.. Perbanyakkan membaca dan memahami isi AL-QURAN dan SUNNAH.. Marilah sahabat semua..
 
 
Katakan pada DIRI : Aku ingin berubah dan mengubah.. Cukuplah setakat ini aku telah lama TERLEKA dan LALAI.. Lakukan perubahan ke arah KEBAIKAN hari demi hari walaupun sedikit, jadi aku juga ingin melihat sahabat-sahabatku berubah, supaya ALLAH temukan kita kelak.. Dalam keadaan baik di hadapanNya..♥

 
PEMIMPIN yang BAIK dan BIJAKSANA adalah pemimpin yang BERUSAHA membawa, menyeru dan mengajak RAKYATNYA supaya MENDEKATI Allah dan RasulNya. .Pemimpin yang RINDU untuk bersama-sama bergerak kepada KEADILAN dan KEBENARAN.. Perubahan perlukan MASA, KEKUATAN dan SOKONGAN.. Marilah semua.. ♥


Thursday 9 February 2012

Berjuang Itu Pahit Kerana Syurga Itu MANIS :)


BUAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM, PEJUANG- PEJUANG KEBENARAN :

  MISKIN dan PAPA itu tradisi orang berjuang..hidup mengembara (ghuraba) itu resmi perjuangan..pejuang TIDAK PERNAH JEMU berkelana, merantau ke sana ke sini, demi menyebarkan DAKWAH Ilahi..nun di sana, SYURGA sedang menanti..

Apa ada pada rumah kamu, sehingga membuatkan kamu "SAYANG" untuk keluar darinya? Sedang rumah pejuang itu di ...mana-mana ketemu, BUKAN hanya satu..di mana pejuang berteduh, di situlah rumah ditubuh..SEMENTARA kerana bagi mereka, RUMAH ABADINYA hanyalah di syurga..


  JANGANLAH TAKUT jika waktu tidurmu terganggu kerana urusan dakwah ini..JANGANLAH KECEWA jika masa lapangmu diisi dengan tarbiyyah rabbani..bukanlah kamu telah BERIKRAR SETIA dengan jual beli Ilahi? REHATMU di syurga, istirehat abadi..

  Sememangnya BERJUANG ITU PAHIT, PERIT dan SAKIT..mengapa? Kerana syurga itu manis..bukan SEDIKIT MAHAR yang perlu DIBAYAR untuk mendapatkannya..bahkan, bukan SEDIKIT PEDIH yang ditagihnya..adakah kamu sudah BERSEDIA?


       Berjuang itu ertinya TERKORBAN..merelakan dirimu DIHINA kerana KEBENARAN..bagimu hanya dibentangkan dua pilihan, MENUNGGU SYAHID atau KEMENANGAN..BERSABARLAH, Allah sedang melihat setiap PENGORBANANMU..♥
 
       Sekiranya kamu ingin BERJUANG kerana Allah, bawalah daku..pimpinlah daku bersama-sama..kerana diri ini terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang TERINDAH buat Ilahi..syahid atau kemenangan buat ISLAM..:) 

ALLAHUAKBAR !!

Monday 6 February 2012

Cinta Bukan Milik Kita :)

                              
                                         Cinta bukan milik kita… 

        Setiap PERPISAHAN tidak sia-sia, tidak perlu bersedih lama kerana cinta itu MILIK Allah..hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya..kerana, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang LEBIH SEGAR dalam hati si dia yang SETEPATNYA untuk kamu..semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan TIDAK BERHATI-HATI..hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: 
“..WASPADALAH jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” 

 Jangan kamu kutip lagi serpihan KACA. SABARLAH hingga kau temukan PERMATA…(◕‿◕)



Aku Malu Ya Allah !



MALULAH PADA ALLAH DAN RASULMU..

~ Allah MELARANGKU melihat yang BUKAN MAHRAM, tetapi aku melihatnya bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah aku akan masuk SYURGANYA?



✿~ Allah MENYURUHKU mendirikan solat 5 waktu tetapi aku meninggalkannya dengan ALASAN KESIBUKKAN KERJA atau terlelap dalam tidur..lalu dengan apakah aku akan masuk syurgaNya?



✿~ Saat orang lain MENANGISI dosa-dosa kecil mereka, sedangkan aku masih mampu KETAWA dengan dosa-dosa BESAR yang telah aku lakukan..lalu dengan apakan aku akan masuk syurgaNya?



✿~ Saat orang lain memperjuangkan RISALAH ISLAM, tidak jemu BERDAKWAH menyeru umat..dan aku di sini tidak menyertai malah MENENTANGNYA dengan pelbagai ALASAN..lalu dengan apakah aku akan masuk syurgaNya?



✿~ Jika tidak ada satu KEBAIKAN pun yang aku lakukan semasa hidup di dunia ini, dalam agamaku..walaupun aku dilahirkan dalam ISLAM, hanya pada nama..bukan pada PERBUATAN dan AMALAN, malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah MATI itu jauh lagi dariku..lalu dengan apakah aku akan masuh syurgaNya?

    Syurga itu indah, manis dan kekal..semua insan mengimpikannya tetapi apakah RUANG KEBAIKAN, PERJUANGAN, USAHA yang telah aku perbuat untuk ke sana? Untuk mendapatkannya? Adakah hanya dengan ANGAN-ANGAN, hanya dengan IMPIAN..tanpa USAHA kukuh, TAWAKAL penuh, ISTIQAMAH berterusan..mampukah aku untuk MEREBUTNYA? 


      Tidak berasa CEMBURUKAH, tidak berasa MALUKAH apabila melihat manusia BERSUNGGUH-SUNGGUH berjuang untuk islam, berusaha merebut apa yang telah DIJANJIKAN Allah..tanpa kenal erti putus asa, dan aku masih di sini..merenung dari KEJAUHAN tanpa memulakan usaha ke arah itu..MALULAH wahai diri, kata cintakan Allah dan Rasul tetapi masih INGKARI akan segala suruhanNya..malulah wahai diri, kata SYAITAN itu musuh yang NYATA tetap masih dirimu mengikuti jejak langkahnya ke NERAKA..? Malulah wahai diri...