Tuesday 21 February 2012

DOA SEORANG MUJAHIDAH

Sahabatku.. Sambutlah salam JIHAD dan MUJAHADAH ini, sudilah menjadi sahabatku di DUNIA dan AKHIRAT. Pasti akrab hubungan kita kerana kita seakidah, sama tuju pulau impian, sama kejar pelangi indah, sama kutip mutiara suci, sama hidup di bumi ALLAH.. Berilah sedikit ruang buatku selitkan di hatiku di sudut indah hatimu...
 
Wahai sahabat seperjuanganku.. Ayuh kita kongsi HATI menjadi sahabat sejati kerana ALLAH. Kita bertemu kerana ALLAH. Berpisah kita kerana ALLAH. Moga kekal sepanjang zaman, doaku tulus iringi kalian..
"Ya Allah, jadikanlah kami AKTIVIS DAKWAH yang kental yang mampu merubah masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat. Jauhkanlah kami dari segala kelemahan samaada yang berkait dengan jasadiyyah dan ruhiyyah sehingga kami mampu membawa obor yang akan menyinari semula alam ini dengan percikan nur dan api yang membara dari dalam hati kami yang paling dalam" 
 
 
AMIN YA ALLAH..  

No comments:

Post a Comment