Sunday 27 May 2012

Puisi Buat Tok Guru Yang Dicintai

Telah berdiri seorang lelaki,
Hidup berbekal kecekalan diri,
Walau menghadapi sejuta cabaran,
Terus berpaut pada kebenaran.

Berkurun sudah kau merentas jalan,
Bertahun sudah hasratmu terhalang,
Tetap bersemarak api keazaman,
Bara keramat doa & harapan.

Kau melangkah bermula dari lembah,
Kau mendaki setangga ke setangga,
Semakin hampir menjejaki puncak,
Semakin sering kau ditikam onak.

Namun kerana kau lelaki,
Derita dapat diselindungi,
Tangisanmu rahsia dihati.

Kesepianlah teman nan sejati,
Di dalamnya kau mengenal diri,
Tenangnya wajah matangnya bicara,
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha ESA.

(Siso Kopratasa/ Habsah Hassan)


1 comment:

  1. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete