Wednesday 1 February 2012

Apakah MATLAMAT kita ?

Matlamat kita di dalam usaha PERJUANGAN ini bukanlah satu matlamat yang direkakan dan  diada-adakan. Tetapi kita adalah penerus kepada matarantai-matarantai PERJUANGAN yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW, para Anbiya' dan para Mursalin yang sebelum daripadanya.
Maksudnya :
" Tidaklah kami utuskan seorang Rasul sebelummu (wahai Muhammad) kecuali kami wahyukan kepadanya bahawasanya: Tidak ada Tuhan kecuali aku, maka kerana itu hendaklah kamu semua beribadah kepadaku ( Al-Anbiya' 25)

Matlamat utama kita ialah untuk merubah segala realiti masyarakat manusia kini. Mencabut segala tunggak-tunggak jahiliyyah sehingga ke akar umbinya. Membenam ke dasar bumi segala nilai nilai dan teorinya yang sama sekali bertentangan dengan inspirasi Islam. Kita sama sekali tidak berfikir untuk membaik pulih jahiliyyah dan kemudiannya berusaha untuk diseiringkan dgn program-program Ilahiyyah.

Kita bermatlamatkan untuk 'Mengislahkan' seluruh sistem hidup alam ini dengan kalimah Tauhid dan kemudiannya menjuruskan kehidupan ummat manusia seluruhnya ke arah pengabdian yang hakiki. Membina satu tata hidup yang sama sekali tidak bersekongkol dengan anasir-anasir khurafat.

Ringkasnya kita hanya berkehendakkan satu cara hidup shj yang dipraktik diatas muka bumi ini iaitu ISLAM.
Firman ALLAH SWT :
" Perangilah mereka, hingga tidak ada fitnah (kekufuran) dan adalah agama seluruhnya bagi ALLAH. -Al-Anfaal 39. 

Oleh itu, tugas kita ialah 'meruntuh' dan membina. Meruntuhkan seluruh sendi-sendi jahiliyyah kemudian membina satu lembaga ISLAM yang seluruh sendi-sendinya adalah ISLAM. Matlamat dakwah kita sama sekali tidak bersifat kompromi dgn konsep2 jahiliyyah yg sedang mempengaruhi dunia sekarang. Seandainya kompromi ini diwujudkan bererti berlakulah penyelewengan dan pemesongan daripada Ubudiyyah kepada ALLAH semata mata.

Artikel ini dikarang oleh Al-Faqir Ilallah Mokhtar bin Senik An-Nuury.
Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment