Thursday 2 February 2012

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh :)

"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh ?" Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya.

     Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari cari identiti diri.

    Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yg akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-NYA.

     Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggakan persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

                                                         YANG TERTUTUP ITU INDAH
       Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah!" Jawapan yg membawaku mengkaji surah Al-Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.

      Firman Allah SWT yg bermaksud : "Wahai Nabi, katakan kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri org Mukmin, 'Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."

    Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? kuperhatikan kulit bukuku yg bersampul  lebih terjaga berbanding berbanding kulit bukuku yang yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah ! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit. 

                                HORMATILAH SELAGI MENUTUP AURAT
YA ! YA ! YA ! Kudengari suara-suara hati yang berkata, "Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik." "Tudung tak labuh pun masih tutup aurat." "Don't judge a book by its cover." Kuhormati semua kata-kata ini. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik menemui jawapannya. 

                 Credit to : Ustazah Fatimah Syarha Bt Mohd Noordin

10 comments:

  1. Artikle yg sgt bagus...saya bangga menjadi insan yg bertudung labuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sangat :) teruskan dan semoga kita tetap istiqamah :)

      Delete
  2. Semoga berjaya dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar pd masyarakat .. tanggapan negatif kerana kurang pengetahuan harus dikikis

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...moga kita terus istiqamah dalam bertudung labuh..

    ReplyDelete