Saturday 4 February 2012

I Prefer To Be Killed By Apache !

"Are we afraid to death? I'll be by killing or by cancer. The same thing. We are all waiting for the last day of our life. Nothing will be changed. If it is by cardiac risk or by Apache. But I prefer to be by Apache!" -Dr. Abdul Aziz Ar Rantissy  


       "Apakah kita takut dengan kematian? sama sahaja saya akan mati dibunuh atau terbunuh dengan panyakit barah. Kita semua menanti saat akhir kehidupan kita. Tidak ada yang berubah. Apakah berakhir dengan berhentinya degupan jantung atau dengan serangan helikopter Apache. Tetapi saya lebih senang ditawarkan mati dengan serangan pewasat Apache!"

        Secara jujur kalimah ini diungkapkan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantissy, beberapa hari sebelum beliau diserang oleh pesawat tempur Apache rejim Zionis. Beliau sudah membayang kematian hingga akhirnya beliau meraih apa yang di cita-citakan iaitu Syahid.

      Apa yang ingin kita renungi saat ini ialah, bagaimana kita merancang kematian? Setiap manusia akan melalui saat getir kematian. Tetapi, bagaimanakah cara kita ingin mengakhiri silibus kehidupan ini? Posisi apakah yang menjadi pilihan saat Izrail datang menjemput?
       As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar Rantissy tidak tergolong sebagai seorang yang berusaha keras meng'umpul'kan kejayaan dalam kerjaya di dunia peribadinya. Tetapi beliau berjuang dan berusaha sedayanya supaya beroleh kematian yang nilainya tinggi di sisi ALLAH.

        "Hidup Untuk Mati", inilah antara kalimah yang selalu disebut oleh Khalifah Islam Pertama Saidina Abu Bakar. Realitinya, dalam sejarah orang-orang yang hebat, terdiri dari kalangan Para Sahabat, Para Tabi'en dan orang-orang Soleh, sikap seperti ini tidak terlalu asing.

        Sikap inilah menyebabkan mereka berhasil memaksa sejarah agar memahat dan mengabadikan mereka. Orang-orang yang berada dalam komuniti ajaib ini, dikenal generasi pemenang, generasi yang menyentak leka rakus umat manusia.

        Bagi aktivis gerakan Islam, di dunia penuh pancaroba ini, adakah cita2 meraih kematian yang tinggi nilainya di sisi Allah tersemat menjadi cita-cita? Mungkin ya atau tidak, atau berangkali kita masih berkira-kira dengan nikmat yang tidak pernah kita puas mendakapnya. Generasi Islam terbaik yang diasuh dengan sentuhan rohani Baginda SAW, tidak pernah memikirkan bahawa merekalah satu-satunya penyelamat Islam, atau kerana usaha merekalah yang akan membuatkan Islam tertegak di muka Bumi. Sebaliknya mereka berjuang ibarat sebuah binaan, masing-masing menjadi batu-tangga yang manakah sehingga seluruh fasilitinya sempurna. Kerana syarat kemenangan itu mestilah berjuang, sekalipun hasil yang diraih pada ketika hidup mereka tidak sama seperti yang dapat kita lihat sekarang.

     Bagi mereka tinta kemenangan itu milik Allah, ia mesti dicari dan diusahakan. Diriwayatkan ada seorang Arab Badwi, kampungan dan tidak memiliki ketinggian ilmu. Namun beliau memeluk Islam dengan segenap jiwa raganya. Dalam Perang Khaibar, Nabi memberikan harta ghanimah(rampasan perang) kepadanya. Namun, dengan wajah marah beliau membawa harta tersebut kembali kepada Nabi, "Bukan kerana ghanimah aku mengikutimu. Akan tetapi aku mengikutimu kerana aku ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah di sini - sambil menunjukkan ke arah lehernya - sehingga aku terbunuh dan masuk syurga kerananya".

         Baginda menjawab, "Jika kamu benar IKHLAS, Allah akan memakbulkannya." Ternyata selepas itu, beliau Syahid dipanah di bahagian leher. Nabi SAW menghormati jenazahnya lalu Baginda mengkafani Badwi tersebut dengan jubah miliknya sambil berdoa "Ya Allah, dia ini hambaMu yang keluar utk berhijrah dijalanMu kemudian terbunuh sebagai syahid. Dan aku bersaksi atas perkara itu".

       Semoga tulisan ini diakhirnya memberikan pencerahan kepada kita bahawa hanya perjuangan yang benar-benar ikhlas sahaja merupakan sumber kekuatan Islam.

"...I don't fight Jews because they are Jews. I fight them because they have stolen and arrogated my land, home and orchards and condemned my people.." - Sheikh Ahmed Yassin

                                   MAJALAH TARBAWI

2 comments:

  1. SubahanaLLah... ALLAHUAKBAR..
    Cantek sungguh posting tuan.. Kesedaran yg sememangnya wajib dikongsi seluruh Jin & Manusia.
    AlhamduliLLah.. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAHUAKBAR. share..berkongsi ilmu, sama sama merebut pahala.

      Delete