Tuesday, 13 March 2012
Tuesday, 21 February 2012
DOA SEORANG MUJAHIDAH
Sahabatku.. Sambutlah salam JIHAD dan MUJAHADAH ini, sudilah menjadi sahabatku di DUNIA dan AKHIRAT. Pasti akrab hubungan kita kerana kita seakidah, sama tuju pulau impian, sama kejar pelangi indah, sama kutip mutiara suci, sama hidup di bumi ALLAH.. Berilah sedikit ruang buatku selitkan di hatiku di sudut indah hatimu...
Wahai sahabat seperjuanganku.. Ayuh kita kongsi HATI menjadi sahabat sejati kerana ALLAH. Kita bertemu kerana ALLAH. Berpisah kita kerana ALLAH. Moga kekal sepanjang zaman, doaku tulus iringi kalian..
"Ya Allah, jadikanlah kami AKTIVIS DAKWAH yang kental yang mampu merubah masyarakat dan menyuntik roh baru ke dalam tubuh ummat. Jauhkanlah kami dari segala kelemahan samaada yang berkait dengan jasadiyyah dan ruhiyyah sehingga kami mampu membawa obor yang akan menyinari semula alam ini dengan percikan nur dan api yang membara dari dalam hati kami yang paling dalam"
AMIN YA ALLAH..
Monday, 20 February 2012
JOM SEMUA :)
Rakyat
Malaysia kini sebenarnya telah lama DAHAGAKAN ILMU AGAMA. Telah lama
kekeringan untuk mengenali ALLAH dan RasulNya.. Telah terlalu banyak
melalaikan diri dengan HIBURAN, MEDIA dan PENGARUH-PENGARUH NEGATIF
yang lain.. Semakin JAUH dan jauh untuk mengenali ALLAH dan RASUL.. ALLAH.. :'(
Maka, mari kita PULANG kepada ALLAH.. Kembali mengikut apa yang telah diajar RASULULLAH.. Mari kita mendekatkan diri dengan para ULAMA, pujuk HATI untuk BERUBAH dan MENGUBAH.. Sentiasalah MENCARI SAHABAT yang mendekatkan diri kepada ALLAH.. Perbanyakkan membaca dan memahami isi AL-QURAN dan SUNNAH.. Marilah sahabat semua..
Katakan pada DIRI : Aku ingin berubah dan
mengubah.. Cukuplah setakat ini aku telah lama TERLEKA dan
LALAI.. Lakukan perubahan ke arah KEBAIKAN hari demi hari walaupun
sedikit, jadi aku juga ingin melihat sahabat-sahabatku berubah, supaya
ALLAH temukan kita kelak.. Dalam keadaan baik di hadapanNya..♥
PEMIMPIN yang BAIK dan BIJAKSANA adalah pemimpin yang BERUSAHA
membawa, menyeru dan mengajak RAKYATNYA supaya MENDEKATI Allah dan
RasulNya. .Pemimpin yang RINDU untuk bersama-sama bergerak kepada
KEADILAN dan KEBENARAN.. Perubahan perlukan MASA, KEKUATAN dan SOKONGAN.. Marilah semua.. ♥
Thursday, 9 February 2012
Berjuang Itu Pahit Kerana Syurga Itu MANIS :)
BUAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM, PEJUANG- PEJUANG KEBENARAN :
✿ MISKIN dan PAPA itu tradisi orang berjuang..hidup mengembara (ghuraba) itu resmi perjuangan..pejuang TIDAK PERNAH JEMU berkelana, merantau ke sana ke sini, demi menyebarkan DAKWAH Ilahi..nun di sana, SYURGA sedang menanti..
✿ Apa ada pada rumah kamu, sehingga membuatkan kamu "SAYANG" untuk keluar darinya? Sedang rumah pejuang itu di ...mana-mana ketemu, BUKAN hanya satu..di mana pejuang berteduh, di situlah rumah ditubuh..SEMENTARA kerana bagi mereka, RUMAH ABADINYA hanyalah di syurga..
✿ JANGANLAH TAKUT jika waktu tidurmu terganggu kerana urusan dakwah ini..JANGANLAH KECEWA jika masa lapangmu diisi dengan tarbiyyah rabbani..bukanlah kamu telah BERIKRAR SETIA dengan jual beli Ilahi? REHATMU di syurga, istirehat abadi..
✿ Sememangnya BERJUANG ITU PAHIT, PERIT dan SAKIT..mengapa? Kerana syurga itu manis..bukan SEDIKIT MAHAR yang perlu DIBAYAR untuk mendapatkannya..bahkan, bukan SEDIKIT PEDIH yang ditagihnya..adakah kamu sudah BERSEDIA?
Berjuang itu ertinya TERKORBAN..merelakan dirimu DIHINA kerana KEBENARAN..bagimu hanya dibentangkan dua pilihan, MENUNGGU SYAHID atau KEMENANGAN..BERSABARLAH, Allah sedang melihat setiap PENGORBANANMU..♥
Sekiranya
kamu ingin BERJUANG kerana Allah, bawalah daku..pimpinlah daku
bersama-sama..kerana diri ini terlalu MENGHARAPKAN sesuatu yang
TERINDAH buat Ilahi..syahid atau kemenangan buat ISLAM..:)
ALLAHUAKBAR !!
ALLAHUAKBAR !!
Monday, 6 February 2012
Cinta Bukan Milik Kita :)
Cinta
bukan milik kita…
Setiap PERPISAHAN tidak sia-sia, tidak perlu bersedih
lama kerana cinta itu MILIK Allah..hari ini Dia tarik rasa cinta dari
hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya..kerana, mungkin esok atau
lusa Dia campakkan rasa cinta yang LEBIH SEGAR dalam hati si dia yang
SETEPATNYA untuk kamu..semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan
TIDAK BERHATI-HATI..hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar:
“..WASPADALAH jangan terpijak atau memijak onak dan duri..”
Jangan kamu kutip lagi serpihan KACA. SABARLAH hingga kau temukan PERMATA…(◕‿◕)
Aku Malu Ya Allah !
MALULAH PADA ALLAH DAN RASULMU..
✿~ Allah MELARANGKU melihat yang BUKAN MAHRAM, tetapi aku melihatnya
bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah aku akan masuk SYURGANYA?
✿~ Allah MENYURUHKU mendirikan solat 5 waktu tetapi aku meninggalkannya
dengan ALASAN KESIBUKKAN KERJA atau terlelap dalam tidur..lalu dengan
apakah aku akan masuk syurgaNya?
✿~ Saat orang lain MENANGISI
dosa-dosa kecil mereka, sedangkan aku masih mampu KETAWA dengan
dosa-dosa BESAR yang telah aku lakukan..lalu dengan apakan aku akan
masuk syurgaNya?
✿~ Saat orang lain memperjuangkan RISALAH ISLAM,
tidak jemu BERDAKWAH menyeru umat..dan aku di sini tidak menyertai
malah MENENTANGNYA dengan pelbagai ALASAN..lalu dengan apakah aku akan
masuk syurgaNya?
✿~ Jika tidak ada satu KEBAIKAN pun yang aku
lakukan semasa hidup di dunia ini, dalam agamaku..walaupun aku
dilahirkan dalam ISLAM, hanya pada nama..bukan pada PERBUATAN dan
AMALAN, malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah MATI itu jauh
lagi dariku..lalu dengan apakah aku akan masuh syurgaNya?
Syurga itu indah, manis dan kekal..semua insan
mengimpikannya tetapi apakah RUANG KEBAIKAN, PERJUANGAN, USAHA yang
telah aku perbuat untuk ke sana? Untuk mendapatkannya? Adakah hanya
dengan ANGAN-ANGAN, hanya dengan IMPIAN..tanpa USAHA kukuh, TAWAKAL
penuh, ISTIQAMAH berterusan..mampukah aku untuk MEREBUTNYA?
Tidak berasa CEMBURUKAH, tidak berasa MALUKAH apabila melihat manusia
BERSUNGGUH-SUNGGUH berjuang untuk islam, berusaha merebut apa yang
telah DIJANJIKAN Allah..tanpa kenal erti putus asa, dan aku masih di
sini..merenung dari KEJAUHAN tanpa memulakan usaha ke arah itu..MALULAH
wahai diri, kata cintakan Allah dan Rasul tetapi masih INGKARI akan
segala suruhanNya..malulah wahai diri, kata SYAITAN itu musuh yang
NYATA tetap masih dirimu mengikuti jejak langkahnya ke NERAKA..? Malulah wahai diri...
Saturday, 4 February 2012
I Prefer To Be Killed By Apache !
"Are we afraid to death? I'll be by killing or by cancer. The same thing. We are all waiting for the last day of our life. Nothing will be changed. If it is by cardiac risk or by Apache. But I prefer to be by Apache!" -Dr. Abdul Aziz Ar Rantissy
"Apakah kita takut dengan kematian? sama sahaja saya akan mati dibunuh atau terbunuh dengan panyakit barah. Kita semua menanti saat akhir kehidupan kita. Tidak ada yang berubah. Apakah berakhir dengan berhentinya degupan jantung atau dengan serangan helikopter Apache. Tetapi saya lebih senang ditawarkan mati dengan serangan pewasat Apache!"
Secara jujur kalimah ini diungkapkan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantissy, beberapa hari sebelum beliau diserang oleh pesawat tempur Apache rejim Zionis. Beliau sudah membayang kematian hingga akhirnya beliau meraih apa yang di cita-citakan iaitu Syahid.
Apa yang ingin kita renungi saat ini ialah, bagaimana kita merancang kematian? Setiap manusia akan melalui saat getir kematian. Tetapi, bagaimanakah cara kita ingin mengakhiri silibus kehidupan ini? Posisi apakah yang menjadi pilihan saat Izrail datang menjemput?
As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar Rantissy tidak tergolong sebagai seorang yang berusaha keras meng'umpul'kan kejayaan dalam kerjaya di dunia peribadinya. Tetapi beliau berjuang dan berusaha sedayanya supaya beroleh kematian yang nilainya tinggi di sisi ALLAH.
"Hidup Untuk Mati", inilah antara kalimah yang selalu disebut oleh Khalifah Islam Pertama Saidina Abu Bakar. Realitinya, dalam sejarah orang-orang yang hebat, terdiri dari kalangan Para Sahabat, Para Tabi'en dan orang-orang Soleh, sikap seperti ini tidak terlalu asing.
Sikap inilah menyebabkan mereka berhasil memaksa sejarah agar memahat dan mengabadikan mereka. Orang-orang yang berada dalam komuniti ajaib ini, dikenal generasi pemenang, generasi yang menyentak leka rakus umat manusia.
Bagi aktivis gerakan Islam, di dunia penuh pancaroba ini, adakah cita2 meraih kematian yang tinggi nilainya di sisi Allah tersemat menjadi cita-cita? Mungkin ya atau tidak, atau berangkali kita masih berkira-kira dengan nikmat yang tidak pernah kita puas mendakapnya. Generasi Islam terbaik yang diasuh dengan sentuhan rohani Baginda SAW, tidak pernah memikirkan bahawa merekalah satu-satunya penyelamat Islam, atau kerana usaha merekalah yang akan membuatkan Islam tertegak di muka Bumi. Sebaliknya mereka berjuang ibarat sebuah binaan, masing-masing menjadi batu-tangga yang manakah sehingga seluruh fasilitinya sempurna. Kerana syarat kemenangan itu mestilah berjuang, sekalipun hasil yang diraih pada ketika hidup mereka tidak sama seperti yang dapat kita lihat sekarang.
Bagi mereka tinta kemenangan itu milik Allah, ia mesti dicari dan diusahakan. Diriwayatkan ada seorang Arab Badwi, kampungan dan tidak memiliki ketinggian ilmu. Namun beliau memeluk Islam dengan segenap jiwa raganya. Dalam Perang Khaibar, Nabi memberikan harta ghanimah(rampasan perang) kepadanya. Namun, dengan wajah marah beliau membawa harta tersebut kembali kepada Nabi, "Bukan kerana ghanimah aku mengikutimu. Akan tetapi aku mengikutimu kerana aku ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah di sini - sambil menunjukkan ke arah lehernya - sehingga aku terbunuh dan masuk syurga kerananya".
Baginda menjawab, "Jika kamu benar IKHLAS, Allah akan memakbulkannya." Ternyata selepas itu, beliau Syahid dipanah di bahagian leher. Nabi SAW menghormati jenazahnya lalu Baginda mengkafani Badwi tersebut dengan jubah miliknya sambil berdoa "Ya Allah, dia ini hambaMu yang keluar utk berhijrah dijalanMu kemudian terbunuh sebagai syahid. Dan aku bersaksi atas perkara itu".
Semoga tulisan ini diakhirnya memberikan pencerahan kepada kita bahawa hanya perjuangan yang benar-benar ikhlas sahaja merupakan sumber kekuatan Islam.
"...I don't fight Jews because they are Jews. I fight them because they have stolen and arrogated my land, home and orchards and condemned my people.." - Sheikh Ahmed Yassin
MAJALAH TARBAWI
Subscribe to:
Posts (Atom)










